Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk semuanya



Sunday, May 23, 2010

We asked, ALLAH gives


I asked for STRENGTH
And Allah gave me difficulties to make me strong

I asked for WISDOM
And Allah gave me problems to solve

I asked for PROSPERITY
And Allah gave me the brains and brawns to work

I asked for COURAGE
And Allah gave me challenges to overcome

I asked for LOVE
And Allah gave me troubled people to help

I asked for FAVOURS
and Allah gave me opportunities


I got nothing I wanted
But I received everything I needed

Thank you ALLAH



This post is for all of you and I. We always hope that ALLAH will grant everything we desire. And every time if ALLAH doesn’t let our dream come true we will get upset. Actually ALLAH gives us everything that we require at all times. ALLAH knows what the best for us.


"But you may hate a thing although it is good for you, and love a thing although it is bad for you. God knows, but you do not know"

Al-Baqarah : 216


p/s: sebagai pengingat dan penenang diri.

Fae saye curi ini dari kamu :P


Saturday, May 22, 2010

Takdir



Opick ft. Melly Goeslaw Takdir

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya

semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi



p/s: leen, km tetibe jdi suka pulak ngan lagu opick :D

Thursday, May 13, 2010

Betapa deritanya ibu melahirkanmu..




Sesiape yang bole lihat video nih sampai abis, lihatlah betapa peritnya ibu melahirkan kite. Sape yang tak boleh tengok, cubala anda bayangkan, sedangkan video ni pun anda x boleh tonton, bagaimanalah perasaan ibu pada ketika itu, yang sedang melahirkan kamu. Sakitnya x terperi, x terbalas. Fikir-fikirkanlah, apa yang telah kita balas kepada ibu kita. Rasenye lebih banyak kita menyakitkan hati die dari menyenangkan die.

p:s>> teringat dulu puan mimi tunjuk video ni dalam lab bio

betapa ibumu menyanyangimu


Al-isra' 24

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil".

Inilah doa ibubapa yang kita telah menghafalnya sejak dari tadika lagi..amalkanya :D

Wednesday, May 12, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

post kali ni khas buat mama yang tersayang..


Mama, kakngah sangat-sangat sayang mama. Hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana mama telah banyak berkorban demi family kita. Dari mula2 mama kahwin sampaila sekarang, berapa banyak dah mama bersabar untuk membahagiakan family kita. Mama sangat-sangat tabah. Sekuat mana pun badai melanda, mama tetap tabah. Sangat susah nak tengok mama mengalir air mata depan anak.

Mama pernah berpesan, sebagai ibu, kita mesti tunjuk yang kita ni kuat. Kalau kita tak kuat, nanti macam mana anak kita nak kuat.

Ya ALLAH, betapa kuatnya mama. Mama sanggup menahan hati dari menangis demi kebaikan anak-anaknya. Kakngah tak tahu, kalaulah kakngah berada di tempat mama, adakah kakngah dapat menahan air mata dari mengalir. Kakngah rasa, kekadang ujian yang ALLAH timpakan kepada mama terlampau berat. Tetapi mama tetap kuat. Air mata mama x mengalir pun. Kakngah yang menangis bukan mama. Kakngah sangat sayang mama.

Betapa banyak dah mama bersabar dengan kelakuan anak-anaknya. Betapa banyak dah mama bersabar hati dengan kakngah. Mama x pernah ungkit pun. Mama hanya bersabar. Bukan saja bersabar, malah senang-senang saja mama melupakan apa yang kakngah buat yang boleh menyakiti hati mama. Maafkan kakngah mama. Maafkan atas segala kesilapan kakngah.

Mamaku. Ibu mithali. Kuatnya dirimu. Walaupun hatimu sudah luka berdarah teruk, dirimu tetap sabar. Dirimu x pernah berhenti berdoa demi kebaikan keluarga. Aku memang x dapat menandingi ketabahan dirimu. Mama, ibu mithali, isteri solehah. Isteri yang tetap akan berada disisi suami dalam apa jua keadaan. Mama lah idolaku. Ku harap aku boleh menjadi seperti dirimu, sekuat dirimu, setabah dirimu.

Ya ALLAH, tempatkanlah ibuku di syurgaMU. Tempatkanlah ibuku bersama-sama orang yang solehah. Jadikanlah diriku menjadi anak yang solehah, supaya aku boleh membalas jasa ibuku. PENGORBANANMU tidak terbalas. Kakngah x dapat membalas pengorbananmu.

Mama ku yang cantik

You're everything to me

I LOVE YOU







Thursday, May 6, 2010

I LOVE U

MAMA

I LOVE U
U are my heroin
U pujaan hatiku
U are the one that i admirer
U are the strongest
U are the one that i adore
U are everything to me
I REALLY LOVE U


ABAH


I LOVE U
U are the strongest man in this world
U are my great motivator
U are the one that I respect
U are my idol
U are my everything
I REALLY LOVE U


MAMA ABAH


BOTH OF U ARE THE WORLD GREATEST MUMMY AND DADDY


Monday, May 3, 2010

Survival Camp

Mula2 sekali aku nak congrat dkt Syazwan, Faezah, Aimi, Adibah, yg telah berjaya membuat camp ini berjaya dilaksanakan dgn izin ALLAH. ALHAMDULLILAH.



Entah bagaimana aku boleh join this camping. Ini boleh dikatakan first time aku join aktiviti yang dianjurkan oleh MSOC( Muslim Student Society). Setelah dijemput faezah, aku rase teringin pulak nak join. So aku join je lah.Camping ni x lah cam bahagia macam gambar kat atas. Kitaorg camping x de tent. Itu yang membuatnye best. Masa kat sana memang best. Aku belajar cara hidup dihutan hanya guna barang2 dalam hutan. Kami bina pondok2 guna kayu sebagai tiang dan guna daun sebgai bumbung dan lantai. Kami masak2 pun dengan guna buluh, tanah liat, unggun api. Hehe, tapi group aku x dapat makan lunch sebab x sempat masak. So, kami makan je la biskut dgn roti letak sardine. Kat hutan nih, makan sikit pun dah rase kenyang. This is my first time experience hidup camnih. Aku terfikir cam mane la org susah ek... Sepatutnya aku perlu sgt2 bersyukur sebab dpt makanan senang2 saje..

Then petang tuh, hujan lebat la pulak.. Mase tu aku takut demam. Dah la tengah2 minggu study ni takut la pulak kalau demam. Tapi, rupe2nye ade hikmah. Kami solat dalam hujan. Kami sujud atas daun yang basah. Mase aku bersujud di atas tanah bumi ini yg basah dan hanya berlapikan dgn sehelai daun, baru aku sedar bertapa aku ini hanyalah insan yg sgt2 kerdil yg hidup dibumi ALLAH ini... ALLAH maha besar. Aku rase diriku sgt2 teruk kerana x selalu bersyukur atas nikmatnya. Aku juga rasekan inilah tanah yang aku akan dikembalikan kedalamnya kelak. Ketika di alam bazakh. Adakah aku akan berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.


Bila malam pulak, akhirnya aku kenyang sebab dapat makan. Kami semua masak. Bagiku pergi sana memang best. Banyak sangat yang dapat ku belajar masa berada di sana. Aku dikelilingi oleh mereka2 yang sentiasa cuba untuk terus berjalan dijalan Mu yang lurus. Kekadang ketika disamping mereka, aku berasa sgt rendah diri. Setiap masa mulut mereka sentiasa menyebut nama ALLAH. Dimana-mana sahaja al-quran akan bersama mereka. Mereka sentiasa membacanya walupun berada di dalam hutan, tak kira malam atau siang. Aku berasa malu dengan diriku. Aku sangat berbeza berbanding mereka. Aku melihat walaupun sudah malam, Aimi, Radhi, akan tetap membaca al-quran dgn hanya menggunakan lampu suluh. Menjadi satu kepastian bagi mereka selesai solat terus membaca al-quran. Mereka kadang2 akan menggunakan masa terluang untuk baca al-quran. Sgt2la berbeza dengan diriku.

Then, kami pergi hiking dari kul 12.30 malam sampaila pukul 4.30 pagi. Penatla rase sgt2. Kami rase ngantuk sgt2 bile nak mula hiking. Tapi oleh kerana hiking tu sgt2 teruk hilangla rase ngatuk kami. Kami terpaksa mendaki cerun2 yang curam. Sudah berape kali aku jatuh n disambut oleh org laen. Miang2 gatal2 kena duri sudah x terkire rasanye. Tapi Alhamdullilahlah, aku rase aku x terase cam mane org laen rase gatal dan sakit kena duri. Memang org laen aku tengok penuh luka2 dkt tangan. Alhamdulillah aku walaupun aku ni ade kulit yang sensitif, aku terselamat dari kegatalan. Alhamdullillah. Tetapi hiking ini, aku tersentuh dgn satu lagi perkara. Group aku diketuai oleh seorang ketua yang sangat2 baek. Die sentiasa ’care’ pasal org laen dalm group die. Die akan pergi dulu ke depan utk tujukkan cara naik atau nak tgk same ade tempat tu selamat atau x. Tapi , satu perkara la yang aku tersentuh pasal die. Setiap permulaan langkah yang die mahu buat, die mesti menyebut Bismillahhirahmanirrahim. Ya ALLAH, aku bersyukur sangat2 kerana engkau beriku peluang untuk berade bersame2 org yang sebigini. Walaupun hanya dua hari aku sudah terase kesannya. Ketua yang aku cakap itu adalah Karim yang sudah x asing lagi dengan kebaikkannya. Sebelum ini aku hanya mendengar, tapi sekarang aku sudah merasai betape baiknya die.

Sekianla sudah perjalanan hidup aku yang panjang lebar ni. Penatla sudah korang membacanya. Aku x bole nak ringkaskan sebab aku sangat2 merasai kelainannya. Aku harap next time bole join lagi. =)

Subhanallah

Tontonlah video nih sampai habis..





Lihatlah kebesaranNYA dikelling kita..=)