Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk semuanya



Monday, May 3, 2010

Survival Camp

Mula2 sekali aku nak congrat dkt Syazwan, Faezah, Aimi, Adibah, yg telah berjaya membuat camp ini berjaya dilaksanakan dgn izin ALLAH. ALHAMDULLILAH.



Entah bagaimana aku boleh join this camping. Ini boleh dikatakan first time aku join aktiviti yang dianjurkan oleh MSOC( Muslim Student Society). Setelah dijemput faezah, aku rase teringin pulak nak join. So aku join je lah.Camping ni x lah cam bahagia macam gambar kat atas. Kitaorg camping x de tent. Itu yang membuatnye best. Masa kat sana memang best. Aku belajar cara hidup dihutan hanya guna barang2 dalam hutan. Kami bina pondok2 guna kayu sebagai tiang dan guna daun sebgai bumbung dan lantai. Kami masak2 pun dengan guna buluh, tanah liat, unggun api. Hehe, tapi group aku x dapat makan lunch sebab x sempat masak. So, kami makan je la biskut dgn roti letak sardine. Kat hutan nih, makan sikit pun dah rase kenyang. This is my first time experience hidup camnih. Aku terfikir cam mane la org susah ek... Sepatutnya aku perlu sgt2 bersyukur sebab dpt makanan senang2 saje..

Then petang tuh, hujan lebat la pulak.. Mase tu aku takut demam. Dah la tengah2 minggu study ni takut la pulak kalau demam. Tapi, rupe2nye ade hikmah. Kami solat dalam hujan. Kami sujud atas daun yang basah. Mase aku bersujud di atas tanah bumi ini yg basah dan hanya berlapikan dgn sehelai daun, baru aku sedar bertapa aku ini hanyalah insan yg sgt2 kerdil yg hidup dibumi ALLAH ini... ALLAH maha besar. Aku rase diriku sgt2 teruk kerana x selalu bersyukur atas nikmatnya. Aku juga rasekan inilah tanah yang aku akan dikembalikan kedalamnya kelak. Ketika di alam bazakh. Adakah aku akan berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.


Bila malam pulak, akhirnya aku kenyang sebab dapat makan. Kami semua masak. Bagiku pergi sana memang best. Banyak sangat yang dapat ku belajar masa berada di sana. Aku dikelilingi oleh mereka2 yang sentiasa cuba untuk terus berjalan dijalan Mu yang lurus. Kekadang ketika disamping mereka, aku berasa sgt rendah diri. Setiap masa mulut mereka sentiasa menyebut nama ALLAH. Dimana-mana sahaja al-quran akan bersama mereka. Mereka sentiasa membacanya walupun berada di dalam hutan, tak kira malam atau siang. Aku berasa malu dengan diriku. Aku sangat berbeza berbanding mereka. Aku melihat walaupun sudah malam, Aimi, Radhi, akan tetap membaca al-quran dgn hanya menggunakan lampu suluh. Menjadi satu kepastian bagi mereka selesai solat terus membaca al-quran. Mereka kadang2 akan menggunakan masa terluang untuk baca al-quran. Sgt2la berbeza dengan diriku.

Then, kami pergi hiking dari kul 12.30 malam sampaila pukul 4.30 pagi. Penatla rase sgt2. Kami rase ngantuk sgt2 bile nak mula hiking. Tapi oleh kerana hiking tu sgt2 teruk hilangla rase ngatuk kami. Kami terpaksa mendaki cerun2 yang curam. Sudah berape kali aku jatuh n disambut oleh org laen. Miang2 gatal2 kena duri sudah x terkire rasanye. Tapi Alhamdullilahlah, aku rase aku x terase cam mane org laen rase gatal dan sakit kena duri. Memang org laen aku tengok penuh luka2 dkt tangan. Alhamdulillah aku walaupun aku ni ade kulit yang sensitif, aku terselamat dari kegatalan. Alhamdullillah. Tetapi hiking ini, aku tersentuh dgn satu lagi perkara. Group aku diketuai oleh seorang ketua yang sangat2 baek. Die sentiasa ’care’ pasal org laen dalm group die. Die akan pergi dulu ke depan utk tujukkan cara naik atau nak tgk same ade tempat tu selamat atau x. Tapi , satu perkara la yang aku tersentuh pasal die. Setiap permulaan langkah yang die mahu buat, die mesti menyebut Bismillahhirahmanirrahim. Ya ALLAH, aku bersyukur sangat2 kerana engkau beriku peluang untuk berade bersame2 org yang sebigini. Walaupun hanya dua hari aku sudah terase kesannya. Ketua yang aku cakap itu adalah Karim yang sudah x asing lagi dengan kebaikkannya. Sebelum ini aku hanya mendengar, tapi sekarang aku sudah merasai betape baiknya die.

Sekianla sudah perjalanan hidup aku yang panjang lebar ni. Penatla sudah korang membacanya. Aku x bole nak ringkaskan sebab aku sangat2 merasai kelainannya. Aku harap next time bole join lagi. =)

5 comments:

  1. tikah suka bila bee tulis psl solat masa hujan.
    tersentuh sgt n rasa inferior sgt diri.
    keep updating ur blog bee=)

    ReplyDelete
  2. kan bee kan?
    solat time tu tak dpt nak ditafsirkan rasa apa..
    yg pasti, now i really miss the smell n the feeling..

    ReplyDelete
  3. betul jah..rase miss sumthing..teringin lagi nak ulang.. baru sedar sikit diri tu sape..

    ReplyDelete
  4. sgt menginsafkan..thanks for sharing bee

    ReplyDelete
  5. sgt best n insaf baca experience bee..rasa diri sndri cam bee plak..jazakillah~ :)

    -faeza

    ReplyDelete