Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk semuanya



Wednesday, June 9, 2010

Oh hati kenapa gundah gulana cam nih..

Persoalan : Oh hati, kemanakah kamu lari, kenapakah kamu tak tenteram, asyik memikirkan itu dan ini.



Solution:
"Ingatlah dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
13:28

BINGO!!! Solution yang paling tepat kat sini. Markah penuh 100%. Wang besar, wang besar, putar roda lagi..hehe:P


Bak kata ustaz ridha, selalu kalau kita ada masalah mesti kita cari mak kita kan nak mengadu. Lepas dah menangis berbaldi-baldi, bertimba-timba, berbakul-bakul,
bercebok-cebok, berbekas-bekas, berpiring-piring, bercawan-cawan, bersudu-sudu (oppss, dah byk sgt nih, nnti terhydrated jadi masalah laen pulak..hehe) barulah hati kita puas dan tenteram kan. Sebab ape kita selalu mengadu kat mak kita? Sebab kita tahu kan yang mak kita mmg memahami kita. Apa-apa sahaja yang dikatakannya mesti akan mententeramkan kita. Mak kita kenal sangat dengan kita dan sememangnya kepakarannya untuk memujuk hati kita memang sudah terbukti.=)

Tetapi sekarang apa kata kita cuba tukar style pulak. Kita try pulak mengadu dekat 'tuan' mak kita pulak. 'Tuan' yang telah menciptakan kita dan mak kita. Of course 'Dia' lebih mengetahui dan memahami kita lebih dari segala-galanya. Ada bonus lagi.. DIA lebih mengetahui mana yang baik buat kita sedangkan manusia biasa tidak mengetahuinya. "Dengan hanya mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang".Kalau x percaya, cubalah. So marilah kita mengadu kepada 'DIA' Allah yang sangat-sangat menyayangi dan mengasihi hambanya.


p/s: Cubalah try berdua-duan denganNYA di waktu malam di kala org semua sudah lena dibuai mimpi. Memang ketenangan yang luar biasa akan kita rasai.
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.” (Al Isra: 179)

2 comments: